Kamis, 11 April 2013

Honda Cup

          Honda Cup mula dilancarkan pada tahun 1958, 10 tahun selepas penubuhan Honda Motor Co. Ltd. Model asal tahun 1952 Honda Cub F sebenarnya adalah enjin yang dipasang pada basikal. Honda mengekalkan nama tersebut tetapi menambah imbuhan 'Super' pada model motosikal ringan serba baharu itu,[9] walaupun ia hanya sekadar dipanggil Cub di beberapa negara. Asalnya jualan Super Cub tidak begitu baik pada awalnya disebabkan kegawatan ekonomi Jepun, dan 3 bulan selepas pelancarannya sudah ada pelanggan yang merungut mengenai masalah klac yang sering tergelincir.[10] Jurujual dan pekerja kilang Honda terpaksa membatalkan cuti mereka untuk membaiki motosikal Cub yang terjejas, dengan melawat pelanggan sendiri dari rumah ke rumah.[10] Semasa ia dieksport ke AS, namanya ditukar kepada Honda 50, dan kemudiannya Honda Passport C70, dan C90, kerana tanda nama kapal terbang Piper Super Cub sudah digu0]nakCub man[.
Varian terawal3 Cub ialah C102, dilancarkan pada April 1960, dan C110 Sports Cub, dilancarkan pada Oktober tahun yang sama.[9] C102 mempunyai penghidup elektriksebagai tambahan kepada penghidup tendang, serta sistem penyalaan gelungberbanding magneto, tetapi selebihnya sama seperti C100.[9] C110 lebih mirip motosikal tradisional dengan rekaan kerangka yang berbeza, dengan tangki minyak di bahagian atas hadapan dan bukan di bawah kerusi seperti mana varian Cub yang lain. Ia juga lebih berkuasa sedikit, naik daripada 3.4 hingga 3.7 kW (4.5 hingga 5 bhp) @ 9,500 rpm. Varian kepada Sports Cub ialah C111 tanpa kerusi pembonceng, dan C110D, juga dipanggil C114, yang mempunyai paip ekzos rendah. Versi terawal Sport Cub mempunyai kotak gear 3 kelajuan tetapi kemudian ditambah menjadi 4 kelajuan.[9] C102 terus dikeluarkan selama enam tahun sehingga 1965, manakala C110 Sports Cub pula sehingga 1966.[9]
Pada tahun 1960 atau 1961, satu daripada beberapa model kembar dikeluarkan yaituCZ100, menggunakan enjin yang sama tetapi hanya menggunakan tayar 5 inci. Model sulung bagi Siri Honda Z, CZ100 hanya disasarkan sebagai model untuk jarak dekat atau motosikal pit, tetapi dalam masa yang sama mewujudkan genre yang dikenali sebagai "monkey bike".[9]
Pada tahun 1963, model OHV 86.7 cc 4.8 kW (6.5 bhp) C200 mempunyai kerangka seperti C110 tetapi dengan hendal yang ditinggikan. Enjin yang sama digunakan pada model 1965 CM90. Juga pada tahun 1965 muncul model aci sesondol atas (OHC) 63 cc 4.1 kW (5.5 bhp) C65 Super Cub. Sebagai versi sporty, CS65, dengan kerangka menyerupai C110/C200, menghasilkan 4.6 kW (6.2 bhp) @ 10,000 rpm.[9]
Pada tahun 1966, Honda menggantikan enjin OHV 50 cc dengan rekaan SOHC, enjin C65 yang dikecilkan lubangnya, dipanggil C50, yang meningkatkan kuasa kudanya daripada 3.4 hingga 3.6 kW (4.5 hingga 4.8 bhp). Dalam masa yang sama, model 90 cc C200 direka semula dengan enjin SOHC 5.6 kW (7.5 bhp) 89.5 cc, serta dipanggil C90. Walaupun rekaan asal Cub dikekalkan, penstailan baharu serta penambahbaikan termasuklah fork hadapan bertutup. Model 50 cc C100 dan 90 cc C200 kekal dikeluarkan bersama-sama versi baharu sehingga tahun 1967.[9]


Tidak ada komentar:

Posting Komentar